Thursday, November 27, 2008

Ranger Yang Berkuasa

Power Ranger Secara Am

Seorang Power Ranger ialah individu yang bertukar ("morph") daripada keadaan biasa kepada hero berkuasa tinggi dengan kostum berwarna, biasanya diperbuat daripada spandex dan helmet berkaca hitam (visor). Helmet biasanya digunakan untuk menjaga identiti rahsia seseorang.

Seorang Ranger yang lengkap bertukar kebiasaanya memiliki keupayaan, kekuatan dan kelebihan berlawan lebih hebat daripada biasa. Ranger yang tidak bertukar mungkin memiliki keupayaan kendiri seperti telekinesis, kelajuan, halimunan dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan kuasa Ranger yang dimiliki.

Power Rangers kelihatan biasa di sebalik sut mereka dalam bentuk Ranger atas sebab helmet mereka dibuka atau rosak dalam beberapa kejadian yang menonjolkan keadaan semula jadi mereka. Kecuali helmet, sut Ranger ini dipakaikan atau dilenyapkan dengan cahaya terang atau efek khas lain. Kadangkala, para Ranger bertukar semula ke bentuk asal secara tidak langsung (de-morph) disebabkan serangan kuat yang dialami.

Satu pasukan Power Ranger biasanya dianggotai lima orang dengan penyertaan Ranger keenam pada pertengahan siri. Setiap sut dan tenaga spektrum Ranger dipadankan pada warna spesifik seperti merah, kuning dan biru yang kemudiannya disertai warna merah jambu, hijau, hitam atau putih. Para Rangers biasanya dinamakan bersempena warna mereka (Ranger Merah=Red Ranger), tetapi beberapa nama lain juga digunakan. Kebiasaanya, tiada Ranger lain diberikan warna yang sama dalam satu pasukan, kecuali namanya berlainan daripada warna sedia ada (pengecualian ini berlaku pada pasukan Time Force Ranger, dimana ada dua Ranger merah iaitu Red Time Force Ranger dan Quantum Ranger).

Setiap kostum Ranger biasanya sama dari segi rekaan melainkan warna dan bentuk helmet (biasanya bentuk visor) atau pernomboran. Sebarang Ranger tambahan juga biasanya mempunyai tambahan pada kostumnya seperti kelengkapan senjata tambahan.
Ketetapan warna Ranger dilihat mempengaruhi gaya serta pemakaian pakaian biasa para Ranger dalam keadaan biasa di sepanjang siri, dimana warna pakaian mereka sepadan dengan warna Ranger mereka.


Susunan plot

Episod Power Rangers yang biasa boleh dipecahkan kepada sebuah plot yang komprehensif:

1. Para Ranger dilihat menjalani kehidupan seharian dengan kejadian yang harus diselesaikan.
2. Para Ranger diserang askar-askar penjenayah.
3. Para Ranger berlawan menentang askar-askar penjenayah.
4. Para Ranger bertukar.
5. Para Ranger mengalahkan askar-askar penjenayah.
6. Musuh jahat menguatkan tentera dan menjadikannya raksasa, diikuti dengan para Ranger memanggil robot-robot mereka (Zords) atau gabungan robot, Megazord.
-Pilihan: Para Ranger mendapati kuasa mereka tidak cukup untuk menewaskan musuh dan menemui sumber kuasa baru, atau Ranger keenam.
-Pilihan: Para Ranger mencari atau mendapat Zord baru, Megazord baru atau Ultrazord.
-Pilihan: Rakan-rakan muncul memberi bantuan.
7. Para Ranger berlawan dan menewaskan raksasa.
8. Para Ranger dilihat kembali seperti sediakala setelah mempelajari kesilapan yang telah mereka selesaikan.

Elemen-elemen dalam setiap musim Power Rangers


1. Power Rangers tidak dibenarkan mengguna kuasa mereka untuk kepentingan peribadi atau untuk mencetuskan pergaduhan.
2. Power Rangers tidak akan menghancurkan raksasa kecil dengan Megazord sewenang-wenangnya.
3. Power Rangers tidak dibenar mendedahkan identiti sebenar mereka (pengecualian berlaku dalam siri Power Rangers: Lightspeed Rescue, Power Rangers: S.P.D. dan Power Rangers: Operation Overdrive di mana mereka adalah pegawai awam seperti polis dan sebagainya).
4. Senjata para Ranger diseragamkan seperti pistol laser atau pedang.
5. Setiap Ranger juga dibekalkan set senjata yang boleh digabungkan untuk membentuk senjata yang lebih besar.
6. Seorang atau lebih Ranger diberikan sebuah motorsikal untuk kegunaan jarak jauh.
7. Setiap Ranger mempunyai dan memandu Zord masing-masing.
8. Ranger merah biasanya diberikan kuasa/senjata tambahan seperti Battlizer.
9. Kemunculan Ranger keenam pada pertengahan siri, atau penambahan ranger-ranger lain.
10. Senjata dan Zords biasanya musnah pada penghujung musim, digunakan dengan kuasa penuh untuk menewaskan musuh utama.
11. Kuasa Ranger juga musnah, disimpan atau ditinggalkan pada pengakhiran musim; walaupun sesetengahnya ada untuk kegunaan masa depan.
12. Siri-siri Power Rangers selepas Power Rangers: In Space memaparkan jalan cerita yang berlainan antara satu sama lain. Terdapat gabungan dua pasukan Power Rangers menentang kuasa kejahatan, di mana gabungan paling hebat setakat ini ialah gabungan 10 Ranger Merah dalam siri Power Rangers: Wild Force.

0 comments:

Post a Comment