Tuesday, November 04, 2008

Puas Hati Dengan Keadaan Jalan Raya Kami.

Dengan Ini,


Kami, penduduk-penduduk Kampung Sungai Lalit, Lumut, ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan pihak-pihak yang berkenaan yang telah membesarkan jalan dihadapan kampung kami. Dengan adanya jalan yang selesa ini, kami amat berbahagia untuk mengambil 2-3 km lebih semata-mata untuk sampai ke pusingan U untuk menuju ke BSB atau Tutong. kami juga berhutang budi kepada pihak-pihak itu kerana memaksa kami untuk mengambil pusingan yang bukan U kerana ketiadaan simpang untuk masuk ke kampung kami. Kami tidak akan mengadu tentang masalah ini kerana kami terlalu yakin dan pasti bahawa tidak akan ada tindakan yang diambil. Terima kasih juga kepada perindustrian SPARK yang telah menjadi penyebab keatas hal yang membanggakan ini. Syabas dan teruskan perjuangan anda. Kami amat menyokongnya dengan sepenuh hati.







p/s: mun dapat ah, timbus taya simpang kami atu slajur.. timbus pkai tanah. simen ka ya... Supaya nda dpt masuk langsung. Bahagia kami ehh. Bahagia banar..... buat pagar ka ya, dpn simpang kami ah.. alum ada yang mati kna langgar trak, alum kamu mengambil tindakan ni.. biar tia, kami rela mengorbankan diri untuk bangsa dan negara.. MAJU SUKAN UNTUK NEGARA! BRUNEI YAKIN! Yeah!! mun kami bpusing arah yg bkn u-turn atu, tangkap jgn sorang.. ramai2x okays?

0 comments:

Post a Comment