Kawan atau sahabat jika mengikut istilah dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka & juga Kamus Pelajar, teman, sahabat & kawan mempunyai pengertian yg sama. Tetapi dari segi falsafah kehidupan, pada saya terdapat beberapa kategori & peringkat :-
(1) Kenalan
(2) Teman/Sahabat/Kawan
(a) Teman/Sahabat/Kawan Biasa
('b) Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa
(3) Kekasih
(1) Kenalan
Orang yang sudah dikenali. Mungkin kita hanya kenal nama, umur, pekerjaan, latar belakang dirinya & beberapa perkara umum yg lain pada seseorang kenalan. Akan tetapi, dalam sesuatu perhubungan tidak begitu rapat. Mungkin hanya sekadar bertegur-sapa, bertanya khabar apabila bertemu tetapi tidak di luar batasan waktu iaitu pada lingkungan masa itu sahaja serta tidak termasuk waktu peribadi seseorang.
(2) Teman/Sahabat/Kawan
Terdiri daripada 2 kategori:-
(a) Teman/Sahabat/Kawan Biasa
Tahapnya tinggi daripada kenalan. Banyak aktiviti, kegiatan atau pekerjaan dilakukan secara bersama. Adakalanya di luar batasan waktu iaitu waktu peribadi seseorang. Akan tetapi, ia hanya kekal hanya pada masa kita suka, gembira & senang sahaja. Tetapi apabila kita berada dalam keadaan sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan, mereka akan meninggalkan kita keseorangan.
('b) Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa
Tahap lebih tinggi & mulia daripada kenalan & teman/sahabat/kawan biasa. Mereka adalah insan yang paling hampir & dekat dengan kita. Mereka sentiasa bersama-sama dengan kita bukan sahaja di waktu kita suka, gembira & senang tetapi ketika kita sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan.
Di antara ciri-ciri Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa:-
(i) Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
(ii) Insan yang memahami diri kita, perasaan & kehendak kita.
(iii) Insan yang jujur & ikhlas melakukan sesuatu yang termampu & terbaik pada kita (contoh, membantu kita) tanpa syarat & mengharapkan balasan daripada kita.
(iv) Insan yang membela & menutup aib/kesalahan/kesilapan kita pada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur & menasihati kita di belakang mereka.
(v) Insan yang menerima diri kita samada baik & buruk tanpa sebarang syarat & alasan.
(vi) Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran & wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya & menggadai nyawanya kerana kita.
(vii) Insan yang jujur & sabar dalam menegur, menegah & menasihati kita daripada melakukan perkara2 yang buruk & yang dilarang oleh agama.
(viii) Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat & menyerah kalah.
(ix) Insan yang dijadikan tempat untuk luahkan segala permasalahan hidup & perasaan kita.
(x) Insan yang boleh menyimpan rahsia kita & boleh dipercayai tanpa membocorkannya pada orang lain.
(xi) Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur & bergelak ketawa bersama kita.
(xii) Insan yang sentiasa menyokong, mengangkat esteem diri & pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
(xiii) Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran & pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
(xiv) Insan yang sanggup mempertahankan diri kita daripada dirosakkan oleh orang lain walaupun nyawa, harta benda & maruahnya akan menjadi taruhan.
(xv) Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
(xvi) Insan yang sentiasa mengingati & merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.
(3) Kekasih
Tahapnya adalah setaraf & semulia dengan Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa tetapi bezanya sepasang kekasih ialah berlainan gender iaitu seorang lelaki & seorang lagi perempuan. Mereka bercinta & bersatu hati. Mereka berjanji setia & berakhir dengan sebuah perkahwinan. Hubungan paling mulia yang diredhai Allah swt bagi sepasang kekasih adalah melalui ikatan sah iaitu perkahwinan. Selepas berkahwin, mereka akan terus kekal sebagai kekasih & mempunyai anak, cucu serta cicit sehingga ke akhir hayat mereka. Menurut ajaran Islam, apabila mereka mati dalam keadaan beriman kelak, mereka akan ditemukan di dalam syurga & kekal abadi buat selama-lamanya.
Sekarang persoalannya, di mana tahap anda sekarang? Akhir kata, renungilah dari sebuah hadith ini, Sebuah riwayat daripada Ibnu Abbas bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan yang beliau bertanyakan kepada Rasulullah saw,
“Siapakah kawan yang baik kami dekati mereka?
Lalu sabdanya: Sebaik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada kepada Allah swt bila melihatnya & menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat”
(Tarmizi)
Friday, January 23, 2009
- Nes
- 19, Female. Loves orange, Manchester United and XBOX 360. Languages used in this blog are English, Malay and some Chinese.
Powered by Blogger.
Blog Archive
-
▼
2009
(171)
-
▼
January
(52)
- Congratulations
- blabbering.
- Tagged By The Mate
- Happy Chinese New Year. 新年快乐
- Bored, Cannot Sleep Tapi Si Mate Tinggalkan Aku. =')
- 3 Babis Vs 1 Serigala
- Having Fun
- Happy Birthday Hadi!
- H-----, Who Am I For You?
- Korea government offers scholarships to Brunei stu...
- hari kawan sedunia
- PENGERTIAN & HAKIKAT KENALAN & TEMAN/KAWAN/SAHABAT...
- Friend?
- Tibia Punya Pasal
- Attention please!
- Tagged By Sis Emma
- Tagged By Areef
- Blog Award
- Dirty Eh
- Tagged By Kamu2.
- Look Alike
- Perfume: Story Of A Murderer (2006)
- Obnoxious, Egotistical & Narcissistic.
- Skalor-silapism part 1.
- I Love Jimmy Lin.
- Examination results will be released on 21 January...
- Tagged By Tea
- Bollocks!
- Faizal Tahir
- Green Street Hooligans
- Cermin Diri Sendiri
- Bored ih
- Unrequitted Love?
- Bulan-Bulan-Bulan
- Zip-Up Hooded and Mask, and New Era.
- Bad Day by Me
- Happy Birthday Sis Emma @ Cecillia
- I'm A Code-Enthusiast, A Computer-Whiz.
- To The Mate
- testing!
- Am I Old Enough To Date?
- dramaaaaaaaaaaaaa
- Love Is Not All Around
- What?
- Last Few Hours
- Grand Celebration (konon)
- Anda Sedang Berbahagia?
- 9 Mimpi Rasulullah
- Celebrating
- Happy Birthday Adikku
- Critique
- Raime And Nurin
-
▼
January
(52)
I'm addicted to:
❤ ERIC NORTHMAN of Southern Vampire Mystery
❤ Alexander Johan Hjalmar Skarsgård
❤ Generation Kill
❤ [FF] Alice in Wonderland - Tarrant x Alice pairing.
❤ Fallout 3
❤ Call Of Duty
❤ Left4Dead
❤ Assassin Creed
❤ ERIC NORTHMAN of Southern Vampire Mystery
❤ Alexander Johan Hjalmar Skarsgård
❤ Generation Kill
❤ [FF] Alice in Wonderland - Tarrant x Alice pairing.
❤ Fallout 3
❤ Call Of Duty
❤ Left4Dead
❤ Assassin Creed
(c)2005-2011 Nes Addams
0 comments:
Post a Comment