Saturday, March 07, 2009

Nasihat Untuk Sesama Wanita

Wanita perlu kebebasan. Wanita sekarang tidak lemah seperti yang disangkakan. Wanita sekarang boleh buat apa yang orang lelaki buat. Telah ada wanita yang memegang negara, menjadi tampuk pemerintahan, menjadi ikutan, menjadi idola, menjadi lagenda., malah ada antara mereka yang lebih hebat dari kaum lelaki.

Memang betul, wanita sekarang telah diberi kebebasan yang mereka mahu, iaitu bekerja dengan tangan sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada sang suami. Ada juga wanita-wanita malang yang bekerja bukan untuk keperluan mereka semata-mata, justeru untuk menstabilkan ekonomi keluarga memandangkan gaji para suami tidak mencukupi untuk menampung kehidupan seharian. Maklumlah, dunia sekarang perlu bermacam-macam. Perlu meminjam wang dari pihak bank untuk meneruskan pelajaran anak-anak, perlu meminjam wang untuk membelikan anak-anak keperluan sekolah (harus diingat, bagi anak-anak zaman sekarang, peralatan asas untuk bersekolah ialah komputer riba, telefon bimbit dan ada setengahnya memerlukan sebuah kereta, bukan hanya peralatan tulis!), perlu meminjam wang membeli sebuah kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah (bagi negara yang tidak mempunyai kemudahan transportasi awam seperti Brunei dan bagi negara yang penduduknya tidak menggunakan transportasi awam iaitu bas, seperti Brunei.), dan bermacam-macam lagi. Pokoknya, wanita perlu melakukan segalanya jika mereka terikat jodoh dengan suami yang pendapatannya tidak mencukupi.

Setelah mereka pulang kerumah, wanita-wanita ini diwajibkan memasak, melayan suami, dan bermacam-macam lagi. Sungguh hebat bukan? Setelah seharian berhempas pulas membanting tulang bekerja di pejabat, mereka menyambung lagi tugas mereka di rumah. Berapa peratus lelaki khususnya suami yang merasakan pekerjaan di rumah adalah tanggungjawap bersama? Mungkin hanya 23%. Jika anda beruntung, anda akan beroleh suami yang termasuk dalam 23% ini. Jika tidak?

Oleh itu wahai wanita, pilihlah calon suami dari golongan lelaki yang beriman kerana mereka ini akan dapat memahami kesusahan kamu. Mereka ini akan tahu berfikir bahawa kamu juga bekerja untuk keluarga dan mereka ini tidak akan menyusahkan kamu. Mereka akan tahu bahawa wanita bukan dicipta untuk diperhambakan, dan bukan juga untuk diagungkan. Mereka akan tahu bahawa pekerjaan dirumah adalah tanggungjawap bersama!

Pilihlah calon suami dari golongan lelaki yang rajin berusaha, kerana lelaki yang rajin berusaha tidak akan memerlukan kamu untuk turut bekerja bagi menstabilkan ekonomi keluarga. Mereka akan berasa malu jika kamu juga turut mengeluarkan duit untuk menampung perbelanjaan keluarga. Mereka akan berusaha hingga mampu memenuhi segala kemahuan kamu yang telah bersusah payah menjaga makan minum keluarga. mereka akan berusaha untuk kamu, wanita yang telah berkorban bertarung nyawa demi membolehkan zuriat mereka untuk terus hidup bernafas di alam fatamorgana ini.

Cara untuk memilih lelaki dari golongan ini ialah dengan melihat bagaimana dia melayan ibunya kerana seorang lelaki yang mementingkan ibu dan seluruh keluarganya adalah seorang lelaki yang baik, hormat pada wanita dan tahu akan kesusahan seorang makhluk ciptaan tuhan bernama wanita.

Jangan bergantung pada cinta dan rupa kerana cinta akan hilang pada bila-bila masa dan rupa, adalah sesuatu yang tidak kekal. Persamaan kedua-dua ini yang menguatkan nasihat saya supaya JANGAN bergantung padanya adalah ia tidak boleh dimakan. Duh! Cinta pada lelaki yang malas tetapi ada rupa akan menyebabkan kita mengikat perut menahan lapar. Cinta pada lelaki yang kaya dan ada rupa akan menyebabkan kita makan hati berulam jantung. Cinta pada lelaki yang kaya tetapi tidak ada rupa akan menyebabkan kita diperhambakan. Cinta pada lelaki yang tidak ada rupa, malas dan tidak mempunyai harta akan menyebabkan kita mati. =.=”

Pilihlah suami dengan berhati-hati kerana mereka ini akan bersama kita mengharungi tahun-tahun penuh dugaan yang bakal menjelang tiba. Memilih suami bukan dengan cara memilih ikan di pasar kerana mereka inilah tempat kita bergantung kerana kita adalah ciptaan tuhan yang perlu tempat bergantung. DUH!!!




Just a random gobbledygook by a bored hag girl!

0 comments:

Post a Comment